hello and assalamualaikum
so, mungkin ini adalah entri pertama sejak aku melangkah kaki ke negeri di bawah bayu. dan hari ini juga adalah hari yang pertama sesi kelas dan pengkuliahan bermula. hari pertama, sebagai seorang yang memang sebelum ni tak pernah pon tahu how university life is, menjadi sedikit huru-hara. biasa la tu. hari pertama je tunjuk baik. jangan percaya sangat shaheera ni. bukannya tak pernah ponteng kelas budak nih.
buat masa sekarang ni, semua orang tengah pening-pening susun jadual as we have to register all the subject ourselves. masa ni, semua orang kena pandai nak susun jadual untuk bahagikan masa-masa yang dahulunya sangat terluang di rumah. ohh sungguh sadis. semakin kita membesar dan akan hampir mencecah puluhan tahun, semakin kita sedar sebenarnya banyak lagi tanggungjawab kita. terutamanya pada diri kita sendiri. kalau kat sekolah dulu memang semua benda cikgu dah aturkan untuk kita. tinggal nak salin je time table. so, budak-budak sekolah, sila terasa betapa beruntungnya anda kerana mendapat perhatian para guru. sobs sobs.
cerita pasal orientasi, mesti ada yang akan cakap, kat mana-mana pon kalau baru masuk mesti ada orientasi. atau mungkin, alaahhh bosan lahh taklimat all the time. atau mungkin jugak ada yang cakap buang masa ahh benda ni. tak dinafikan aku pon terasa benda-benda ni semua. TAPI maaf tuan-tuan dan puan-puan. sila sedari tanpa orientasi much more things korang tak tahu. terkejar-kejar itu ini. dan yang paling penting kepada sesiapa yang bakal jadi mahasiswi/a, taklimat tu sangat penting and do pay a full of attention on it.
homesick? sangatt! mula-mula aku taknak la buat drama swasta depan family. tapi nak buat camane, lama sangat duduk kat rumah sampai rasa, alamakkk! apa pasal rasa cam jauh sangat ni. lepas tu, aku ingat balik, nabi pon ada cakap, tuntut lahh ilmu hingga ke negara china. anddd, ramai kawan-kawan aku cakap, takpe la, jauh perjalanan, luas pemandangan. ada yang siap post lagu sayang kinabalu lagi tu kat facebook. haishh sabar je lahh. yang penting, mana-mana kita belajar pon, diri kita sendiri, sentiasa jaga apa yang patut, kalau belajar pon, lecturer boleh tolong kita 1% je. yang selebih, tepuk dada tanya hati. tetiba aku rasa cam pakar motivasi. HAHA.
perasan tak takde gambar? haa.. untuk menjimatkan masa kerana shaheera sudah menjadi sesibuk perdana menteri HAHA dan untuk berceloteh panjang, malas la nak masukkan gambar banyak-banyak sangat. apa-apa gambar aku dah locate kat lagi satu blog. do visit it.
begitulahh. anything will be share on the next post =)
p/s : KAWAN, thanks sebab ada waktu aku perlu.
HE didn't give me what i want, but HE did give me what i need.
and it's absolutely you =')
No comments:
Post a Comment