assalamualaikum =)
day by day. sekarang ni cuaca kat sini tak menentu. kejap hujan. kejap panas. migrain pon datang menjengah. sakit. tapi sebelah bahagian je. nak buat macam mana. gene yang diwarisi. bersyukur. sakit kan salah satu penghapusan dosa. hari ni jumaat. hari penghulu segala hari. moga semua dapat rahmat dan sentiasa mencari hidayahNya.
auta cinta by sixthsense.
sambil dengar lagu, memang terfikir-fikir. lagi seminggu lebih dah nak final. belajar? shaheera malas. kalau belajar pon sekejap sangat. tapi, ada orang nasihat, manusia ni ada satu tahap akan jadi betul-betul rajin. betul-betul rasa nak belajar. jadi, ambil masa tu. sebab waktu tu otak kita berada di puncak gunung everest. aktif sangat. in sha ALLAH apa yang kita belajar boleh masuk.
ALLAH takkan ciptakan masa untuk sesuatu yang sia-sia.
kadang-kadang manusia, terutamanya aku, tak reti nak hargai masa. sekarang baru nak terasa banyaknya benda yang nak kena study. tapi aku selalu ambil semua tu sambil lewa. sebelum buat apa-apa tanya balik diri betul ke tidak apa yang kita buat.
iman.
kita tak boleh nak judge iman someone tu kuat ke tak. tapi mesti kita rasa sedih bila orang yang rapat dengan kita, orang yang kita tahu perangai dia macam mana, tetiba buat something yang tak sepatutnya. sesungguhnya DIA lebih mengetahui setiap apa yang diperlakukan oleh hambaNYA. dan sentiasa ingat, ALLAH takkan mengubah nasib seseorang itu selagi sesorang tersebut tidak mengubah nasibnya sendiri. DIA bagi kita sesuatu yang boleh dikawal. jaga iman.
kawan.
kalau renung betul-betul, apa guna kawan kalau tidak digunakan sewaktu kita susah. waktu senang jangan cakap la. semua jadi macam keluarga. yang penting yang kita kena ingat, kawan lagi penting daripada teman lelaki (lahh konon) kan? kadang-kadang boleh jadi apa yang kita sayang adalah sesuatu yang kita benci dan kadang-kadang yang kita benci tu la yang kita sayang.
love,
shaheerabaharuddin
No comments:
Post a Comment